bane.jpg

Soalan Lazim
Utama | Soalan Lazim | Contoh | Harga | Hantar Maklumat | Pembayaran | Hubungi Kami

Apakah Kelebihan Kad Nama Cetakan One Touch Creative?
 
Harga yang berpatutan dengan mutu cetakan yang terbaik (dengan cetakan off-set). Matte laminating untuk ketahanan kertas yang maksimun serta menaikkan warna. Ini menyerlahkan lagi ciri esklusif serta penampilan pemilik/perniagaannya.
 
* Matte laminating (lapisan plastik tidak berkilat)
 
Berapakah Saiz Kad Nama Yang Bakal Dicetak?
 
Saiz kad nama ialah 52 mm x 86 mm
 
Bolehkah Tempahan Untuk Saiz Yang Lain?
 
Setakat ini kami tidak menerima tempahan kad untuk saiz selain yang dinyatakan.
 
Berapakah Kuantiti Kad Nama Yang Boleh Ditempah?
 
Kami hanya menerima jumlah tempahan untuk satu nama seperti berikut:
- 250 keping
- 500 keping
- 1000 keping
- 2000 keping
- 3000 keping
- 4000 keping
- 5000 keping
- 10,000 keping
 
Apakah Jenis Kertas Yang Digunakan?
 
Terdapat 2 jenis kertas yang digunakan iaitu:
- 150 gsm art paper (seperti kertas kulit kebanyakan majalah)
- 260 gsm art card (seperti kertas kulit kebanyakan buku)
 
Adakah Saya Boleh Dapatkan Contoh Kad Sebelum Tempahan?
 
Boleh! Anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat. Kami akan menghantar beberapa contoh kad cetakan kami.
 
* Sila klik di sini
 
Berapa harga yang dikenakan?
 
Anda hanya perlu klik di sini.
 
Saya berminat, apakah Yang Perlu Dilakukan?
 
Anda hanya perlu klik di sini.
 
Jika Pelanggan Tiada Logo Sedia Ada?
 
Kami boleh menyediakan logo untuk anda (jika perlu sahaja) dengan harga yang berpatutan bergantung kepada jenis/konsep logo yang hendak dibuat.
 
* Jika anda memerlukan logo sila klik di sini
 
Adakah Pelanggan Perlu Menghantar Rekabentuk Kad?
 
Tidak perlu! Kami akan melakukannya untuk anda secara percuma.
 
Saya seorang perekabentuk/designer, bolehkah saya menghantar rekabentuk kad saya sendiri?
 
Boleh. Sila hantarkan alamat emel anda ke satusentuhankreatif@yahoo.com dan kami akan menghantar spesifikasi kad yang perlu anda ikuti.
 
Apakah Langkah Seterusnya?
 
Kami akan menghubungi anda untuk memastikan beberapa perkara dan seterusnya merekabentuk kad nama anda beserta logo (jika berkaitan) dan kami akan menghantar contoh rekabentuk kad tersebut melalui e-mel. Anda boleh membukanya dengan Acrobat Reader (kebanyakkan komputer ada software ini). Anda boleh download software tersebut secara percuma dengan klik di sini. Jika terdapat pembetulan atau tambahan pada rekabentuk kad, anda boleh menyatakannya melalui e-mel. Setelah anda berpuashati, pembayaran hendaklah dibuat sebelum kerja-kerja percetakan dimulakan. Setelah menerima pembayaran, kami akan menghubungi anda untuk pengesahan. Kerja-kerja percetakan akan bermula pada keesokkan harinya.
 
Bilakah Kad Nama Yang Ditempah Akan Diterima Oleh Pelanggan?
 
7 hari (hari bekerja) selepas bayaran dibuat.
 
* Ketepatan masa tidak dapat kami pastikan secara 100%. Ini kerana penghantaran kadangkala berdasarkan keadaan tempat penghantaran serta cuaca yang dihadapi oleh syarikat kurier. Walaubagaimanapun kami sentiasa berurusan dengan syarikat kurier yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik buat kami dan pelanggan kami.
 
Jika Kad Nama Tidak Diterima Pada Hari Ke-7, Apa Yang Perlu Dibuat?
 
Hubungi kami dengan segera. Kami akan mengenalpasti punca kelewatan dan akan memaklumkan kepada anda dengan segera. Kami sentiasa berusaha memastikan kad nama pelanggan kami diterima tepat pada masanya.
 
Adakah Caj Tambahan Akan Dikenakan Untuk Penghantaran?
 
Tiada caj tambahan. Ia adalah percuma.
 
Maklumat Yang Saya Perlukan Tiada Di Sini, Apa Yang Perlu Saya Lakukan?
 
Mudah sahaja. Sila isi maklumat dan pertanyaan anda di bawah.

Nama:
E-mel:
Soalan:
  

Alamat:
ONE TOUCH CREATIVE
No. 5-2, Jalan 3/9, Seksyen 3,
Pusat Perniagaan Kajang Utama,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
 
Telefon:
603-8733 6246
 
Faksmili:
603-8733 7246
 
Waktu Perniagaan:
9.00 Pagi - 5.00 Petang (Isnin-Jumaat)
9.00 Pagi - 1.00 Petang (Sabtu)
 
Emel:
 
HakCipta terpelihara © 2005-2006 www.onetouchcreative.com.